3 Semak baki pinjaman Bank Rakyat Online 2023

Posted on

Semak baki pinjaman Bank Rakyat – Bank Rakyat adalah sebuah bank yang dioperasikan di Malaysia. Bank ini menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan kewangan, termasuk pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pembiayaan kenderaan, pinjaman pendidikan, dan banyak lagi.

Untuk memohon pinjaman di Bank Rakyat, anda perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh bank, seperti memiliki gaji tetap, umur minimum yang ditetapkan, serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti penyata gaji dan penyata bank. Proses permohonan pinjaman biasanya melibatkan penilaian kredit dan kelulusan oleh bank.

Jumlah pinjaman, tempoh pembayaran dan kadar faedah akan bergantung kepada jenis pinjaman yang dipohon. Sebelum memohon pinjaman, pastikan anda memahami terma dan syarat serta kos yang terlibat. Anda juga perlu memastikan bahawa anda dapat membayar balik pinjaman mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan.

Jenis Pinjaman Bank Rakyat

Bank Rakyat menawarkan pelbagai jenis pinjaman untuk memenuhi keperluan kewangan pelanggan, antaranya:

  1. Pinjaman Peribadi: Pinjaman peribadi dari Bank Rakyat membolehkan pelanggan meminjam wang untuk memenuhi keperluan kewangan peribadi seperti kos perubatan, pembelian barangan, perbelanjaan percutian, dan banyak lagi.
  2. Pinjaman Perumahan: Bank Rakyat juga menawarkan pinjaman perumahan untuk membeli atau membiayai rumah, flat atau apartmen. Pinjaman ini juga termasuk skim pembiayaan rumah pertama bagi pembeli rumah pertama.
  3. Pembiayaan Kenderaan: Bank Rakyat menawarkan pelbagai jenis pembiayaan kenderaan, termasuk pembiayaan kereta, pembiayaan motosikal, dan pembiayaan kenderaan komersial.
  4. Pinjaman Pendidikan: Pinjaman pendidikan dari Bank Rakyat boleh digunakan untuk membiayai kos pengajian di peringkat universiti atau kolej, termasuk kos penginapan dan kos sara hidup.
  5. Pembiayaan Perladangan dan Penternakan: Bank Rakyat menawarkan pembiayaan untuk sektor perladangan dan penternakan, termasuk pembelian aset seperti tanah, ladang, rumah ladang, haiwan ternakan dan mesin pertanian.
  6. Pembiayaan Mikro: Pembiayaan mikro Bank Rakyat diberikan kepada usahawan mikro dan kecil untuk membantu mereka memulakan atau memperluaskan perniagaan mereka.

Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat

Macam mana semak baki pinjaman bank rakyat? Kalau Anda punya pinjaman kereta atau pinjaman peribadi di bank rakyat sering seringlah cek baki agar tahu sisa baki yang mesti Anda bayar selepasnya. Beberapa cara semak baki yang boleh Anda kerjakan.

semak baki pinjaman bank rakyat

Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat Online

Kalau anda telah punya pengkhitmadan irakyat, Anda boleh cek lewat pengkhidmatan tersebut.

  • Sila telusuri website rasmi irakyat https://www.irakyat.com.my/
  • Klik Login. >>Klik Personal Banking.
  • Masukkan Username., Klik Login.
  • Sahkan Secure Phrase, Klik Yes.
  • Masukkan Password., Klik login
  • Klik  menu Accounts Info.
  • Klik Account Overview.
  • Semua maklumat pinjaman dan pembiayaan peribadi atau kereta anda akan terpapar

Semak Baki Pinjaman Melalui Email dan Phone

Anda boleh menghubungi telerakyat di talian 1-300-80-5454 atau melalui email telerakyat@bankrakyat.com.my untuk menyemak balik pembiayaan peribadi. Kalau mahu semak baki akaun bank rakyat melalui sms belum ada, Bank rakyat tidak memberikan pengkhidmatan tersebut.

Kalau tidak mempunyai akaun irakyat, Anda boleh datang ke kounter cawangan bank rakrat terdekat dengan membawa kad pengenal dan buku simpanan. Sila ke costumer service untuk cakap tentang semak baki pinjaman bank rakyat Anda. Terima kasih